Thursday, May 20, 2010

Allah..betul ke Kau sayang aku???

Ketika itu,
Aku lupa,
Aku leka dengan duniaku,
Berfoya-foya,
Bermain-main dengan waktu,
Bergelak ketawa dengan gembiranya,
Tanpa menghiraukan masa yang berlalu.
Ketika itu,
Sekali lagi aku lupa,
Aku lalai dengan dunia,
Sehingga kawan-kawanku juga terleka,
Bermain-main dengan masa,
Bersama bergelak ketawa,
Tanpa mengingatiNya.
Ketika itu,
Aku tidar sedar,
Betapa aku telah menempah tiket ke neraka,
Untukku dan kawanku,
Untuk ibubapaku dan ibubapa mereka,
Untuk ummat Rasulullah umumnya.
Dalam keadaan terleka itu,
Aku menghadapkan wajahku padaNya,
Dalam solat itu,
Dia hadir penuh kasih sayang,
Dia hadir penuh kecintaan,
Dia hadir penuh kerinduan,
Aku jadi malu,
Malu denganNya,
Apa yang sudah aku lakukan?
Bekalan apa yang telah aku sediakan?
Tapi Dia tetap sama,
Melihatku dengan penuh kasih sayang,
Mendamaikanku dengan penuh kecintaan,
Menjelaskan lagi maksud kerinduan,
AntaraNya dengan aku,
hambaNya,
Hamba yang sentiasa diselaputi dengan dosa-dosa,
Hamba yang sentiasa lupa kepadaNya,
Hamba yang hina lagi dina.
Dalam solat itu,
Perasaanku bergetar lagi,
Mengingatkan akan balasanNya,
Akan setimpal dengan apa yang telah aku lakukan,
Di kala itu,
Air mata itu menjadi saksi,
Betapa aku butuhkan keampunanNya,
Betapa aku inginkan keredhaanNya,
Betapa aku mahukan cintaNya.
Dalam solat itu,
Dia mendamaikanku dengan janji-janjiNya,
Dia menyakinkanku masih ada waktu,
Dia mengingatkanku Dia Maha Pengampun,
Aku tersentak,
Aku tersedar,
Betapa baiknya Dia,
Betapa hebatnya Dia,
Betapa tinggi cintaNya,
Kepada hamba-hamba yang datang kepadaNya,
Kepada hamba yang mencari kecintaanNya.
Saksi cinta itu terus mengalir deras,
Allah,
Aku malu padaMu,
Malu untuk mengucap cinta,
Malu untuk mangaku hambaMu,
Malu bila teringat kejahatan itu,
Tetapi Engkau Ya Allah,
Masih lagi dengan pemberian nikmatMu,
Masih lagi pemurah dengan hamba sepertiku,
Allah,
Dalam solat itu,
Aku datang mencari keampunan,
Untukku terus mencari cintaMu,
Tapi layakkah aku,
Layakkah aku,
Bermimpikan syurgaMu?
Layakkah aku,
BertemuMu dan RasulMu?
Layakkah aku,
Mengatakan cinta kepadaMu?
Dalam solat itu,
jawapanMu tetap sama,
jawapanMu mendamaikanku,
selagi aku hambaMu datang kepadaMu,
Kau tetap dengan cintaMu yang setia,
Kau tetap dengan kasih sayangMu yang hebat,
Kau tetap dengan rinduMu kepadaku,
Allah,
Izinkan aku mencintaiMu,
Izinkan aku mengucapkan kata rindu,
Walau ku tahu ku tak layak untuk itu,
Tapi Kau lebih berhak untuk memutuskan untukku,
Yang pasti,
JawapanMu tetap sama,
JawapanMu menyenangkanku,
JawapanMu cintaMu,
Terima kasih ya Allah,
Tiada bandingan dengan nikmatMu,
Tiada kata yang sesuai untuk diucapkan,
Betapa nikmat cintaMu,
Dalam solatku itu...
Allah cintaku.


~keranaMu cintaku, ku hadiahkan puisi ini untuk mereka yang mencari cintaMu,
untuk sama-sama merasa betapa hebat cintaMu. T_T

Wednesday, May 19, 2010

Kisah Ibrahim Nasser - Muhasabah Nikmat Sihat dan Lapang Bersama

Ibrahim Nasser mengidap sejenis penyakit yang menyebabkan dia terlantar di katil dan hanya mampu menggerakkan kepala dan tanganya. Pernafasannya pun memerlukan kepada non-invasive positive-pressure ventilatory support.Mungkin dia mengidap penyakit motor neurone disease ataupun cerebral palsy (tekaan penulis). Memandangkan Ibrahim memerlukan tracheostomy, dia hanya dapat berhubung menggunakan laptop, menaip kata-kata yang ingin dia tuturkan.

Ibrahim hanya mampu menggunakan internet dan laptop untuk berhubung dengan dunia luar. Dia amat menginginkan untuk bertemu dengan Sheikh Nabil al-Wadi, seorang ulama dari Kuwait. Dia selalu mengikuti kuliyah dan perkembangan semasa Sheikh melalui internet.


Ayah Ibrahim telahpun memohon bantuan Sheikh Nabil agar datang melawat anaknya. Akhirnya, Sheikh Nabil pun setuju untuk memenuhi hajat Ibrahim.
Setibanya Sheikh Nabil di lapangan terbang, dia di sambut oleh keluarga Ibrahim; ayah dan bapa saudaranya.



Apabila Sheikh Nabil masuk ke bilik Ibrahim, tergambar kegembiraan di raut mukanya melihakan anak muda yang kurus, terlantar di atas katilnya.
Akhirnya tercapailah hajat Ibrahim setelah sekian lama terkurung di dalam penjara biliknya itu. Mulanya beliau amat terharu dengan kehadiran Sheikh Nabil di dalam biliknya, hinggakan tidak dapat berkata-kaa buat seketika. Alhamdulillah, Allah mengkabulkan doa dan harapannya. Bayangkan, tokoh yang sangat ingin kita temui, hadir di tengah-tengah bilik tidur kita?


Begitu sekali kegembiraan  Ibrahim hinga tergambar keceriaan di riak mukanya. Siapa yang tidak tersenyum melihat gambar ini?



Lantas Sheikh mencium dahi Ibrahim. Allah.... Betapa ku inginkan dahiku di cium oleh al imam wa al allamah, ya Rabb al alameen!




Mereka lantas berdiskusi berkenaan dengan dakwah melalui medium internet. Ayahnya, bapa saudaranya serta Sheikh Nabil asyik berbincang berkenaan dengan perjalanan dakwah, kepentingan dan apakah yang diperlukan untuk kejayaan dakwah melalui internet.





Dalam ralit bersembang, Syeikh ada menyakaan satu soalan kepada Ibrahim. Ibrahim terhenti sejenak.






Hilang terus cahaya kegembiraan yang tadinya terpancar tika menyambut kehadiran Sheikh Nabil. Menitis air mata Ibrahim, tak henti-henti dia menangis. Teresak-esak.




Sheikh cuba membantu dengan mengesat airmata Ibrahim. Namun, dia tetap menangis teresak-esak. Akhirnya Sheikh cuba mujuk ibrahim dengan kata-kata hikmahnya.








Wahai ikhwan dan akhawat!
Setelah Allah memakbulkan doa kita, apakah yang mampu melenyapkan kegembiraan yang datang itu?
Apakah soalan yang membuatkan Ibrahim menangis?
Ibrahim yang sangat gembira, kemudian tidak dapat menahan sedih lantas menangis sepuas-puasnya!

“Sekiranya Allah memberikanmu nikmat kesihatan, sehingga boleh berjalan, apakah yang akan engkau lakukan?”

Mendengarkan soalan ini, Ibrahim lantas menangis teresak-esak.
Ayahnya, bapa saudaranya, dan kemudian, kesemua orang di dalam bilik turut menangis.

“Wallahi! Andai boleh diriku berjalan, maka akan ku tunaikan solat di masjid dengan penuh gembira, dan segala nikmat kesihatan itu akan ku gunakan untuk mendapatkan redha Allah.”



“Dua nikmat hebat yang dipandang enteng oleh manusia ialah nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang”
Hadis riwayat al Bukhari, Tirmidzi dan ibn Majah.
 p/s: Jom hayati kisah benar tentang nikmat kesihatan
Moga kita sentiasa bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah kurniakan buat kita.

Monday, May 17, 2010

SEMINAR POTENSI DIRI

Lebih kurang 500 perserta telah menghadiri seminar potensi diri yang telah diadakan di dewan masjid al-azim. para peserta terdiri daripada ibu bapa, guru serta pelajar sekolah di sekitar negeri melaka.

awal bicara, ustaz zaimi memulakan seminar tersebut selepas pembacaan doa oleh ustaz sulaiman. seminar ini berlangsung selama hampir 5 jam telah menarik minat para pserta dalam mengenal potensi diri. pelbagai soalan yang telah diajukan kepada penceramah iaitu en rohizal hj kasim dalam menangai masalah untuk mengenal diri sendiri serta isu-isu yang berkaitan dengannya.

Akhir sekali, diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan program. Jasa kalian hanya Allah sahaja dapat membalasnya dan semoga ukhwah yang terbina akan kekal. Insya'Allah.......

Saturday, May 15, 2010

Seminar Potensi Diri 16 Mei


Projek Khas untuk Keluarga Pelajar......
          Sekolah-sekolah Terpilih Tahun 5 dan 6
  • Kenalkah anda dengan anak anda
  • Kesan bencana tsunami Sosial yang melampau telah melanda remaja masa kini.
  • Adakah anda pasti bahawa anak anda bukan salah seorang daripada mereka?
  • Adakah anda faham bagaimana untuk menjadi ibubapa yang DINAMIK.
  • Segalanya akan TERBONGKAR!!!!!
IKUTI SEMINAR HEBAT, BONGKAR RAHSIA PONTENSI DIRI  MENURUT KAJIAN DAN PANDANGAN AL QURAN DAN SUNNAH.................................................

                            Tarikh : 16 Mei 2010 (Ahad)
                            Masa   : 8.00 pagi - 1.00 petang
                            Tempat: Auditorium Masjid Al-Azim, Melaka

Wednesday, May 12, 2010

Latar Belakang Syarikat

IN PERSON TRAINING AND CONSULTANCY terletak di 357-D1, Jalan Peringgit, Taman Peringgit Jaya, Taman Peringgit, 75450 Melaka adalah sebuah Syarikat Motivasi dan latihan yang bertindak sebagai satu agensi atau badan dakwah(penyampaian) dengan usaha membangunkan sumber manusia. IN PERSON TRAINING AND CONSULTANCY adalah sebuah Syarikat Motivasi dan latihan mempunyai pusat latihan kem sendiri iaitu "Chalet Bina Insan Rabiatul Adawiyah"di Empangan Durian Tunggal,Melaka  yang bertindak sebagai satu agensi atau badan dakwah(penyampaian) dengan usaha membangunkan sumber manusia secara keseluruhan bagi mencapai satu kesedaran jitu terhadap diri dan peranan sebagai hamba Allah agar menjadi satu “permata” yang berguna kelak. 
Tenaga penggerak syarikat ini terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman selama 16 tahun pengalaman berceramah ketika di universiti dan masjid-masjid dan dari kalangan pelbagai latar-belakang pendidikan, minat, kecenderungan dan disiplin ilmu. Justeru, fasilitator dan tenaga pengajarnya mempunyai latar-belakang pendidikan dan pengalaman dalam bidang agama, kejuruteraan, perundangan, keusahawanan dan pentadbiran.
Ditubuhkan pada 1996, IN PERSON  telah menjalankan pelbagai aktiviti motivasi agar dapat mendidik hati dengan pelbagai pendekatan rohani khususnya pelbagai golongan samada golongan muda, remaja dan golongan yang berusia untuk mencapai tahap kesedaran dalam diri.  keseluruhan bagi mencapai satu kesedaran jitu terhadap diri dan peranan sebagai hamba Allah agar menjadi satu “permata” yang berguna kelak.
Tenaga penggerak syarikat ini terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman selama 16 tahun pengalaman berceramah ketika di universiti dan masjid-masjid dan dari kalangan pelbagai latar-belakang pendidikan, minat, kecenderungan dan disiplin ilmu. Justeru, fasilitator dan tenaga pengajarnya mempunyai latar-belakang pendidikan dan pengalaman dalam bidang agama, kejuruteraan, perundangan, keusahawanan dan pentadbiran.

Misi dan Visi

Melahirkan insan yang unggul yang berilmu dan mampu berfikir.

Bidang Kemahiran


Motivasi Pekerja ,Bina Insan ,Pengurusan Kerja ,Kemahiran Belajar , Perkhemahan Akademik , Islamic Camp, Kepimpinan dan Parenting Skills.

Pengalaman

In Person Training and Cosultancy telah ditubuhkan 12 tahun yang lepas dan bergiat aktif dalam menganjurkan program-program berbentuk motivasi dan ilmiah di sekitar Melaka, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Program-program yang dianjurkan melibatkan semua lapisan masyarakat dan golongan. Berikut adalah program-program yang dianjurkan:

Pelajar IPT dan sekolah
1. Kem Super Insan
2. Seminar Super Insan
3. Kem Menjejak Sunnah Rasulullah SAW
4. Kem Pemimpin Unggul
5. Kem Masih Ada Yang Sayang (pelajar bermasalah)
6. Seminar Bijak Belajar
7. Seminar Nur Iman
8. Seminar Siti Khadijah (khas untuk pelajar perempuan)

Pekerja
1. Seminar Kerja Itu Ibadah
2. Seminar Peningkatan Kerjaya

Keluarga
1. Seminar Keluarga Super
2. Seminar Pautan Kasih

Produk Ilmiah


Buku Petua Pembelajaran Cemerlang
Buku Teknik Mengingat Dan Daya Ingatan
Buku Dare To Dream,Try, Fail, Succeed
CD Ezy Science PMR